Alhamdulillah Kurang 24 Jam ummat islam seluruh tanah air
dan juga seluruh dunia akan memasuki hari pertama bulan suci ramadhan yang dirindui. Marilah kita
mengucapkkan Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kerana berkat kasih sayang
Allah kita sampai ke bulan yang mulia
ini. Jom azam sesungguhnya untuk memanfaatkan sebaiknya rezki Allah yang
besar kepada kita ini.
Bulan Mei 2018 mencatat peristiwa bersejarah untuk kita
semua di Malaysia bila tampuk pemerintahan negara bertukar tangan. Bersyukurlah
kita dengan nikmat Allah yang besar ini dengan menjadi warganegara yang lebih
bertanggungjawab kepada agama negara dan masyarakat. Teruslah berdoa agar
dikurniakan kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.Tanyalah kepada diri “apa
yang aku dah buat untuk agama masyarakat dan negara?” ibarat pepatah Inggeris “Expect
less and Do More”. Jom gunakan peluang
ramadhan untuk latih diri menjadi seorang yang lebih baik dari segi amal
ibadah, akhlak sesama manusia seterusnya ketaqwaan yang tinggi kepada Allah.
Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al
Baqarah: 183)
Apa itu taqwa?
Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah ada membawakan dialog 2
orang sahabat Nabi di dalam kitab tafsirnya tatkala mentafsirkan makna taqwa
dari ayat ke-2 surah al-Baqarah.
Dikatakan bahawa Amirul Mukminin Saidina `Umar bin
al-Khattab radhiAllahu `anhu pernah bertanya kepada Ubai bin Ka`ab radhiAllahu
`anhu mengenai taqwa.
Lalu berkatalah Ubai: “Pernahkah engkau melalui suatu
lorong yang banyak duri?”
`Umar menjawab: “Ya, bahkan.”
Ubai bertanya kembali: “Lalu, apakah yang engkau
lakukan?”
`Umar menjawab: “Aku akan bersungguh-sungguh dan
hati-hati.”
Ubai menjawab: “Itulah taqwa.”
Bukan `Umar radhiAllahu `anhu tidak tahu maksud taqwa.
Beliau tahu. Malah `Umar adalah antara sahabat Nabi yang paling bertaqwa.
Tapi memang begitulah sifat sahabat-sahabat Nabi.
Mereka saling tolong-menolong untuk menerapkan taqwa ke dalam qalbu
masing-masing. Antara caranya ialah saling berbincang dan meminta
pandangan. Apatah lagi setelah kekasih mereka iaitu Nabi Muhammad
sallAllahu `alaihi wa sallam telah wafat. Dialog di atas berlaku pada
zaman `Umar bin al-Khattab menjadi Amirul Mukminin menggantikan Abu Bakr
radhiAllahu `anhu. (munzir.wordpress.com)
Bulan ramadhan dilalui bukan sekadar untuk menahan lapar dan
dahaga semata-mata. Ibadah puasa yang disyariatkan oleh Allah mendidik
kesabaran kita untuk tetap taat kepada perintah Allah s.w.t dan merasa
muraqabah sentiasa merasa Allah bersama dalam setiap keadaan. Seterusnya
membentuk diri dan peribadi yang matang dalam menghadapi apa jua keadaan.
Rasulullah bersabda “Puasa adalah separuh kesabaran”. (HR At Tirmidzi).
Berpuasa melatih kita untuk menghidupkan hidup yang bermakna
dengan:
1. Mengawal keinginan makan dan minum
2. Mengawal keinginan nafsu
3. Mengawal pandangan mata dari melihat yang dilarang.
4. Mengawal mulut dari bercakap yang sia-sia.
5. Mengawal telinga dari mendengar yang sia-sia.
6. Mengawal tangan, kaki dan anggota badan dari melakukan
segala yang sia-sia.
Pada akhirnya, taqwa yang kita nak hasil dari sebulan
didikan sekolah ramadhan. Kerana ketaqwaan adalah tanda aras kemuliaan
seseorang insan. Sebagaimana Firman Allah,
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya
yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara
kalian” (QS. Al Hujurat: 13)
ramadhn umpama kawan yang datang dan pergi, manfaatkanlah dengan sebaiknya sebulan ini. JOM.
Extract dari
Laman web pks-jepang
Munzir.wordpress.com
Bahan ceramah ramadhan
Dan sumber bacaan berkaitan bulan ramadhan.
Atas bumi bawah langit long bemang,
16 Mei 2018
XAinaX