Wednesday, September 21, 2016

Cikgu insaf tengok gigi anak murid sendiri..

Sedang sibuk mengajar anak murid menyebut suku kata dan perkataan, saya melihat sebutan murid seorang-seorang..Satu persatu..Tak pasal-pasal terpandang gigi anak-anak murid ni..Rata-rata mereka ni sedang tumbuh gigi kekal.


Dalam hati saya terfikir. Subhanallah..Agungnya ciptaan Allah. Dari gigi yang kecil sesuai dengan saiz mulut..gigi kekal tu membesar ikut saiz mulut..Sambil terpana tu saya cepat-cepat nasihat suruh jaga gigi kekal tu..Kalau rosak gigi tu, tak pasal2 muda-muda dah takda gigi..tak pasal2 juga kena pakai gigi palsu..huhu

Gigi kan a part of calcium..nak kuatkan gigi kene ambik banyak calcium..Antara sumber calcium adalah susu dan hasil tenusu..Alhamdulillah, kat sekolah ni budak-budak ni dibekalkan dengan makanan yang membantu proses tumbesaran mereka..Ada juga program susu sekolah..Tapi ada juga budak yang tak suka minum susu..Acanertuh? Huhu

Org cakap, makin tua..tulang makin tal kuat..nak angkat berat pun tak larat..huhu..ni semua sebab tak jaga badan la ni..makan sebarang..huhuu..cakap kat diri sendiri..memang pun..Umur baru suku abad..badan nk guna lama..nak berkhidmat untuk masyarakat dan agama.huu..ada tak suplemen nk support tulang untuk bagi kuat? Eh mestilah ada..

Kawan suggest consume Osteometrix..apa kelebihan dia? Banyak kelebihan dia..nk study dulu..tapi kene cuba dulu..huhu

Nak try supplement Shaklee..

Whatapps je aina 011 1984 7285.

.. ^,"

Saturday, September 17, 2016

JANGAN MAKAN gelojoh kalau tak nak...

Teringat semasa kecil, bila tiba waktu makan, mak akan pesan, "makan perlahan-lahan..jangan gelojoh..kunyah makanan tu, jangan pakai telan je.."

Tapi biasalah budak-budak, kadang nak cepat-cepat tengok tv, habis tak sempat kunyah makanan..dan mak mulalah nasihat panjang berjela..aka membebel..hehe

Kenapa kita perlu kunyah makanan?
Menurut kajian yang dijalankan, orang biasa mengunyah makanan mereka antara 14 ke 20 kali sebelum menelan makanan. Mengunyah makanan dapat merangsang enzim alfa-amilase untuk membantu penghadaman makanan yang diambil.

Kesan makan secara tergesa-gesa atau tidak mengunyah makanan dengan betul. 
1. Penghadaman makanan tidak berlaku dengan sempurna.

2. Kanak-kanak yang makan secara gelojoh dan tidak mengunyah makanan berisiko mendapat penyakit kencing manis jenis ll semasa dewasa

3. Makan dengan cepat dan tidak mengunyah boleh menyebabkan seseorang itu obes (terlebih berat badan).

4. Orang yang makan dengan cepat akan makan dengan banyak. Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk menjadi gemuk. Hal ini desebabkan oleh sistem penghadaman mereka tidak berpeluang menghantar isyarat ke otak bahawa ia sudah penuh atau sudah kenyang.

Sumber: majalah keluarga.

..

Wednesday, September 14, 2016

Kulit kaki pecah merekah, apa ikhtiarnya?

Siapa ada masalah tumit kaki dia merekah? aku dulu kagum dengan ayah aku yang tumit kaki dia merekah. Lambang orang yang kuat bekerja. Jauh berjalan dan banyak makan garam. Eh, sambil usap tumit kaki yang masih lembut. Tapi tu cerita 10 tahun lepas. Tapi lepas dua tiga tahun masuk IPG, aku perasan tumit kaki aku start mengeras. Tapi belum sampai tahap merekah. Alhamdulillah sebab aku rajin letak minyak zaitun, losyen dan sebagainya bagi tak merekah.


Kenapa agaknya ye tumit kaki boleh merekah?

Sebenarnya, tumit kaki kita boleh merekah bila berlakunya proses xerosis atau kekeringan kulit yang keterlaluan. Bila proses xerosis ni terjadi, maka kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis-garis halus. Kalau tak dirawat, bahagian  tumit kaki akan mengeras, Aduh. Sakit kan kalau bergesel dengan stoking atau kasut.


1. KURANG MINUM AIR.

60% komposisi tubuh badan kita adalah air. Bayangkan tanah yang kering kontang yang tak disirami hujan. Kering dan merekah kan. Macam tu juga tubuh badan kita. Kalau kurang minum air, tumit pun akan merekah. Jadi, wajib untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Air yang dimaksudkan tu air kosong ye, bukan air kopi ke air tin, ya!


2. BERDIRI TERLALU LAMA

Berdiri terlalu lama juga boleh menyebabkan tumit kaki merekah. Terutamanya bagi yang mengalami masalah berat badan atau obesiti. Bedan yang ditanggung oleh kaki boleh menyebabkan tumit kaki mengeras dan pecah. Jangan berdiri terlalu lama ya, lagi-lagi yang pekerjaannya yang memerlukan dia berdiri. Sekali sekala rehatkan kaki. Dan jaga diet supaya tak obes. Kalau dah terlanjur obes, jangan risau. Mulakan gaya hidup sihat sekarang. Ye, sekarang!


3. KURANG KOLEGEN

Apa itu kolegen? Kurang kolegen bukan je bagi kesan pada rambut, kuku, tulang, tapi juga bagi kesan pada kulit.  Macam mana nak tingkatkan kolegen? Ambil collegen powder Shaklee..Serius, tak percaya, cubalah..


4. KASUT BERTUTUP TANPA STOKING

Kasut yang bertutup bagus untuk melindungi kaki dan mengekalkan kelembapan kaki. Tapi kalau tak pakai stoking, tumut kaki boleh jadi cepat merekah sebab bergesel dengan kasut. Jadi, mulakan menutup aurat anda dengan menggunakan sarung kaki.


5. PELEMBAB 

Bukan je muka perlukan pelembab, tapi kaki juga. Banyak produk yang ada dipasaran dan Herbal Blend Shaklee is THE BEST. Tak percaya jugak.. Try lah multipurpose cream yang tak rasa langsung berminyak di tangan.





Walaupun bahagian tumit kaki kita terlindung dari pandangan, tapi bahagian ini jugalah yang melambangkan keperibadian kita. Tiada penyakit yang tiada ubat. Cumanya, perlu rajin usaha. eheh.

xoxo


















Sunday, September 11, 2016

Amalan Raya Haji Orang yang tak menunaikan haji..

Assalamualaikum..๐Ÿ˜Š
Masa-masa ni mesti semua tengah busy melapah daging korban..Aku masih menunggu  flight nak balik kampung. Huhu..Jadi, yeay..lagi 6 jam sampai kampung..

Sementara boarding ni..mai nak share amalan sunnat hari Raya Hajihari bagi kita yang tak mengerjakan ibadah haji.

1. PUASA SUNAT HARI ARAFAH

2. BERTAKBIR SETIAP HABIS SOLAT 5 WAKTU

3. MANDI DAN BERWANGI WANGIAN

4. SOLAT SUNAT AIDILADHA

5. BERJALAN PULANG DARI MASJID GUNA JALAN YANG BERBEZA DARI SEMASA DATANG KE MASJID

6. BERKORBAN BAGI YANG MAMPU

7. MAKAN DAGING KORBAN

8. MENGUCAPKAN SELAMAT KEPADA SESAMA SAUDARA DENGAN UCAPAN TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM (SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN AKU DAN KAMU)


Banyak hikmah bila kita ikhlas beramal kerana Allah..

Kawan tanya siapa yang lebih ganjarannya? Orang yang berkorban atau orang yang menerima daging korban?

Friday, September 09, 2016

Pesan mak ayah di suatu pagi yang takkan aku lupa sampai bila-bila

Teringat peristiwa menyentak hati lebih setahun yang lalu..lebih kurang waktu-waktu macam ni..sejuk. tenang..tak panas sangat..

Pagi tu, bawak mak ke pasar jauh sikit dari rumah. Barang yang dicari tak ada kat pasar yang dekat dengan rumah. Dalam perjalanan pulang dari pasar. Otak ligat berfikir, "apa bisnes yang aku nak buat ni..keje apa lagi yang boleh bagi income.." Yelah masa tu menganggur tak dapat posting..duduk rumah tolong mak masak je..malu pun ada..tak tolong apa-apa dari segi kewangan..Sebab dah habis study ingatkan boleh terus kerja..huu

Otak ligat berfikir tangan memegang stereng..sampai kat jalan berbukit-bukit aku tak sedar ada polis kat depan. Seat Belt lupa nak pakai..Menggagau tarik seat belt. Kaki tekan break perlahan-lahan sebelah abang polis. Dia jengah kepala sekali sergah aku "Tangan tu buat apa tu?" Mulut automatik sebut "Alamak kantoi la..". Dalam hati, " Habisla aku, duit takda nak bayar saman, habisla.." Tiba-tiba abang polis tu suruh jalan je..

Ya Allah, alhamdulillah ya Allah.. Mak terus cakap macam ni.."Ni asbab solat dhuha tadi..Alhamdulillah, naseb tak kene saman. Tu la..." Mak terus membebel sayang kat anak dia sorang ni..

Ya Allah, dah la masa tu tengah fikir macam mana nak dapat income, boleh pulak tak sedar tak pakai seat belt..Pulak tu tak sedar tiba-tiba nampak roadblock kat depan..

Sungguh Allah Maha Mengetahui.Maha Memberi Rezeki..

Dan berkat solat dhuha jugak..

Dari kecik lagi mak ayah ingatkan dan ajak untuk solat dhuha.. Allah cukupkan rezeki..ayah selalu pesan "Allah maha kuasa, makhluk takda apa"

..



Rezeki tu milik yang Maha Memberi..

Wong jowo ngomong, what you give you get back"

Jom..sedekah dhuha๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
..

 “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim )

#marketinglangit
#tsunamitasneem
#bisnestanpamodal
#healthiswealth


Friday, September 02, 2016

Rahsia hati riang gembira tak lagi tunggu gaji setiap hujung bulan

Beberapa hari lepas dapat whatapps dari kawan. Menjerit panggil saya excited nak cerita satu rahsia. Saya pun jawab "kenapeeeee????" ala ala gaya menjerit juga. Dia mula cerita yang dia tak lagi rasa gelisah nak tunggu gaji walau poket dan dompet dah menipis. "Wah" saya teruja reply whatapps dia.

"Apa rahsianya"

Rahsianya, selama ni dia tak pernah bagi mak bapak dia duit poket. Sebab dia tahu mak bapak dia ada duit pencen. Tapi dia tak pernah miss nak belanjakan dapur mak bapak dia cuma duit tak pernah dihulur.

Nak dijadikan cerita, awal bulan haritu dia hulur mak bapaknya duit. Tak banyak pun. Dan mak bapak dia pun tak mintak. Ajaibnya, dia rasa cukup je bulan ni dan rasa terlebih pula duit gajinya. Walaupun selalu masa-masa ni dia dah tak sabar nak tunggu gaji. Dah countdown tunggu 25 hari bulan.

Omputih kata, what you give you get back. Ye. Kawan saya ni dah taubat nak ragu-ragu bila nak bagi sedekah kat orang. Bagi je dengan rela hati. Sebab dia yakin dah apa yang dia bagi tu akan datang semula kat dia dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya datang balik dengan duit semata-mata. Tapi ketenangan dan kebahagiaan hati itu yang diharapkan.

Orang kata, bagi lah pada orang yang tepat pada waktu yang tepat. Tak kiralah orang tu kita rasa dia mampu dan tak perlukan duit kita. Tapi kalau kita belanja orang, bagi hadiah, dah tentu orang yang menerima tu akan mendoakan kebahagiaan kita. Siapa yang tak suka dibelanja dan siapa yang tak suka dapat hadiah kan.

Allah maha kuasa makhluk tak ada kuasa,

Firman Allah dalam surah Al hadid ayat 18

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Dengan bersedekah, Allah mensucikan harta kita.. Dan dilipatkaligandakan lagi apa yang kita sedekahkan.. Tak rugi sikit pun. Jadi..niatkan setiap hari untuk sedekah atau bagi hadiah kat orang sekeliling kita. Jauhkan dari sikap tamak dan takut. Tamak kepada harta dan takut harta habis bila bersedekah.

Dari harta hilang, kene curi..lebih baik bersedekah.๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Kalau nak hati riang gembira tak payah nak tunggu gaji dah..jom join bisnes shaklee..sihat bersama Shaklee..Bonus Shaklee masuk setiap 15hb..jadinya..memang gaji dah tak pandang, eh..hehe



Xoxo, love..


- 011 1984 7285

Harga vitamin C Shaklee

Harga Vitamin C Shaklee

"Makan buah ni, banyak vitamin c ni.."
Kita selalu diingatkan untuk mengambil buah dalam hidangan..

Tahukah anda,
๐ŸŠSetiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C.
๐ŸŠBuah-buahan akan menghasilkan vitamin yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Maka, buah yang tidak ranum kuranglah vitamin C nya.
๐ŸŠKandungan vitamin C akan kurang separuh bila buah dipetik.
๐ŸŠVitamin C pada buah buahan akan hilang apabila buah terdedah kepada kepanasan.




Mengapa berkira-kira untuk sihat?
Harga Ahli Rm 78.44/ 180 tablet

@RM 0.40/ satu tableb@500 mg Vitamin C

Berminat nak dapatkan barangan shaklee sehingga 20% diskaun? Daftar Sekarang untuk jadi ahli..

011 1984 7285, Aina, SID bijak anda๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜