Saturday, September 17, 2016

JANGAN MAKAN gelojoh kalau tak nak...

Teringat semasa kecil, bila tiba waktu makan, mak akan pesan, "makan perlahan-lahan..jangan gelojoh..kunyah makanan tu, jangan pakai telan je.."

Tapi biasalah budak-budak, kadang nak cepat-cepat tengok tv, habis tak sempat kunyah makanan..dan mak mulalah nasihat panjang berjela..aka membebel..hehe

Kenapa kita perlu kunyah makanan?
Menurut kajian yang dijalankan, orang biasa mengunyah makanan mereka antara 14 ke 20 kali sebelum menelan makanan. Mengunyah makanan dapat merangsang enzim alfa-amilase untuk membantu penghadaman makanan yang diambil.

Kesan makan secara tergesa-gesa atau tidak mengunyah makanan dengan betul. 
1. Penghadaman makanan tidak berlaku dengan sempurna.

2. Kanak-kanak yang makan secara gelojoh dan tidak mengunyah makanan berisiko mendapat penyakit kencing manis jenis ll semasa dewasa

3. Makan dengan cepat dan tidak mengunyah boleh menyebabkan seseorang itu obes (terlebih berat badan).

4. Orang yang makan dengan cepat akan makan dengan banyak. Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk menjadi gemuk. Hal ini desebabkan oleh sistem penghadaman mereka tidak berpeluang menghantar isyarat ke otak bahawa ia sudah penuh atau sudah kenyang.

Sumber: majalah keluarga.

..

0 comments:

Post a Comment