Friday, September 09, 2016

Pesan mak ayah di suatu pagi yang takkan aku lupa sampai bila-bila

Teringat peristiwa menyentak hati lebih setahun yang lalu..lebih kurang waktu-waktu macam ni..sejuk. tenang..tak panas sangat..

Pagi tu, bawak mak ke pasar jauh sikit dari rumah. Barang yang dicari tak ada kat pasar yang dekat dengan rumah. Dalam perjalanan pulang dari pasar. Otak ligat berfikir, "apa bisnes yang aku nak buat ni..keje apa lagi yang boleh bagi income.." Yelah masa tu menganggur tak dapat posting..duduk rumah tolong mak masak je..malu pun ada..tak tolong apa-apa dari segi kewangan..Sebab dah habis study ingatkan boleh terus kerja..huu

Otak ligat berfikir tangan memegang stereng..sampai kat jalan berbukit-bukit aku tak sedar ada polis kat depan. Seat Belt lupa nak pakai..Menggagau tarik seat belt. Kaki tekan break perlahan-lahan sebelah abang polis. Dia jengah kepala sekali sergah aku "Tangan tu buat apa tu?" Mulut automatik sebut "Alamak kantoi la..". Dalam hati, " Habisla aku, duit takda nak bayar saman, habisla.." Tiba-tiba abang polis tu suruh jalan je..

Ya Allah, alhamdulillah ya Allah.. Mak terus cakap macam ni.."Ni asbab solat dhuha tadi..Alhamdulillah, naseb tak kene saman. Tu la..." Mak terus membebel sayang kat anak dia sorang ni..

Ya Allah, dah la masa tu tengah fikir macam mana nak dapat income, boleh pulak tak sedar tak pakai seat belt..Pulak tu tak sedar tiba-tiba nampak roadblock kat depan..

Sungguh Allah Maha Mengetahui.Maha Memberi Rezeki..

Dan berkat solat dhuha jugak..

Dari kecik lagi mak ayah ingatkan dan ajak untuk solat dhuha.. Allah cukupkan rezeki..ayah selalu pesan "Allah maha kuasa, makhluk takda apa"

..



Rezeki tu milik yang Maha Memberi..

Wong jowo ngomong, what you give you get back"

Jom..sedekah dhuha😊😊
..

 “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim )

#marketinglangit
#tsunamitasneem
#bisnestanpamodal
#healthiswealth


0 comments:

Post a Comment