Friday, September 02, 2016

Rahsia hati riang gembira tak lagi tunggu gaji setiap hujung bulan

Beberapa hari lepas dapat whatapps dari kawan. Menjerit panggil saya excited nak cerita satu rahsia. Saya pun jawab "kenapeeeee????" ala ala gaya menjerit juga. Dia mula cerita yang dia tak lagi rasa gelisah nak tunggu gaji walau poket dan dompet dah menipis. "Wah" saya teruja reply whatapps dia.

"Apa rahsianya"

Rahsianya, selama ni dia tak pernah bagi mak bapak dia duit poket. Sebab dia tahu mak bapak dia ada duit pencen. Tapi dia tak pernah miss nak belanjakan dapur mak bapak dia cuma duit tak pernah dihulur.

Nak dijadikan cerita, awal bulan haritu dia hulur mak bapaknya duit. Tak banyak pun. Dan mak bapak dia pun tak mintak. Ajaibnya, dia rasa cukup je bulan ni dan rasa terlebih pula duit gajinya. Walaupun selalu masa-masa ni dia dah tak sabar nak tunggu gaji. Dah countdown tunggu 25 hari bulan.

Omputih kata, what you give you get back. Ye. Kawan saya ni dah taubat nak ragu-ragu bila nak bagi sedekah kat orang. Bagi je dengan rela hati. Sebab dia yakin dah apa yang dia bagi tu akan datang semula kat dia dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya datang balik dengan duit semata-mata. Tapi ketenangan dan kebahagiaan hati itu yang diharapkan.

Orang kata, bagi lah pada orang yang tepat pada waktu yang tepat. Tak kiralah orang tu kita rasa dia mampu dan tak perlukan duit kita. Tapi kalau kita belanja orang, bagi hadiah, dah tentu orang yang menerima tu akan mendoakan kebahagiaan kita. Siapa yang tak suka dibelanja dan siapa yang tak suka dapat hadiah kan.

Allah maha kuasa makhluk tak ada kuasa,

Firman Allah dalam surah Al hadid ayat 18

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Dengan bersedekah, Allah mensucikan harta kita.. Dan dilipatkaligandakan lagi apa yang kita sedekahkan.. Tak rugi sikit pun. Jadi..niatkan setiap hari untuk sedekah atau bagi hadiah kat orang sekeliling kita. Jauhkan dari sikap tamak dan takut. Tamak kepada harta dan takut harta habis bila bersedekah.

Dari harta hilang, kene curi..lebih baik bersedekah.😉😉

Kalau nak hati riang gembira tak payah nak tunggu gaji dah..jom join bisnes shaklee..sihat bersama Shaklee..Bonus Shaklee masuk setiap 15hb..jadinya..memang gaji dah tak pandang, eh..hehe



Xoxo, love..


- 011 1984 7285

0 comments:

Post a Comment