Wednesday, September 14, 2016

Kulit kaki pecah merekah, apa ikhtiarnya?

Siapa ada masalah tumit kaki dia merekah? aku dulu kagum dengan ayah aku yang tumit kaki dia merekah. Lambang orang yang kuat bekerja. Jauh berjalan dan banyak makan garam. Eh, sambil usap tumit kaki yang masih lembut. Tapi tu cerita 10 tahun lepas. Tapi lepas dua tiga tahun masuk IPG, aku perasan tumit kaki aku start mengeras. Tapi belum sampai tahap merekah. Alhamdulillah sebab aku rajin letak minyak zaitun, losyen dan sebagainya bagi tak merekah.


Kenapa agaknya ye tumit kaki boleh merekah?

Sebenarnya, tumit kaki kita boleh merekah bila berlakunya proses xerosis atau kekeringan kulit yang keterlaluan. Bila proses xerosis ni terjadi, maka kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis-garis halus. Kalau tak dirawat, bahagian  tumit kaki akan mengeras, Aduh. Sakit kan kalau bergesel dengan stoking atau kasut.


1. KURANG MINUM AIR.

60% komposisi tubuh badan kita adalah air. Bayangkan tanah yang kering kontang yang tak disirami hujan. Kering dan merekah kan. Macam tu juga tubuh badan kita. Kalau kurang minum air, tumit pun akan merekah. Jadi, wajib untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Air yang dimaksudkan tu air kosong ye, bukan air kopi ke air tin, ya!


2. BERDIRI TERLALU LAMA

Berdiri terlalu lama juga boleh menyebabkan tumit kaki merekah. Terutamanya bagi yang mengalami masalah berat badan atau obesiti. Bedan yang ditanggung oleh kaki boleh menyebabkan tumit kaki mengeras dan pecah. Jangan berdiri terlalu lama ya, lagi-lagi yang pekerjaannya yang memerlukan dia berdiri. Sekali sekala rehatkan kaki. Dan jaga diet supaya tak obes. Kalau dah terlanjur obes, jangan risau. Mulakan gaya hidup sihat sekarang. Ye, sekarang!


3. KURANG KOLEGEN

Apa itu kolegen? Kurang kolegen bukan je bagi kesan pada rambut, kuku, tulang, tapi juga bagi kesan pada kulit.  Macam mana nak tingkatkan kolegen? Ambil collegen powder Shaklee..Serius, tak percaya, cubalah..


4. KASUT BERTUTUP TANPA STOKING

Kasut yang bertutup bagus untuk melindungi kaki dan mengekalkan kelembapan kaki. Tapi kalau tak pakai stoking, tumut kaki boleh jadi cepat merekah sebab bergesel dengan kasut. Jadi, mulakan menutup aurat anda dengan menggunakan sarung kaki.


5. PELEMBAB 

Bukan je muka perlukan pelembab, tapi kaki juga. Banyak produk yang ada dipasaran dan Herbal Blend Shaklee is THE BEST. Tak percaya jugak.. Try lah multipurpose cream yang tak rasa langsung berminyak di tangan.





Walaupun bahagian tumit kaki kita terlindung dari pandangan, tapi bahagian ini jugalah yang melambangkan keperibadian kita. Tiada penyakit yang tiada ubat. Cumanya, perlu rajin usaha. eheh.

xoxo


















0 comments:

Post a Comment