Kak mag housemate saya mengandung nak masuk 4 bulan. Baby bump dia pun dah nampak..Dia bilang, "ain, ni kecik lagi ni..nanti dah masuk 6..7 bulan..susah mo tidur malam nanti tu..pusing kiri kanan..huhu"..
InshaAllah tips bawah ni boleh bantu atasi masalah tidur ibu ibu mengandung semua ye..hehe....

Elakkan tidur siang supaya anda senang untuk melelapkan mata pada waktu malam.
2. Tidur awal
Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.
3. Elak terhidrat
Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot. Pastikan perngambilan air anda cukup untukl mengekalkan anda terhidrat.
4. Kurangkan minum
Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan terjaga untuk ke toilet ketika waktu tidur.
5. Rajin bersenam

Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki, berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.
6. Say no to gadget!
Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.
7. Ubah posisi tidur

Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.
8. Bantal, bantal dan bantal

Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.
9. Bilik yang sejuk
Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.
10. Berhenti makan yang pedas
Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hat
...
10. Berhenti makan yang pedas
Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hat
...
Semoga tip berikut dapat membantu bakal ibu untuk tidur lebih lena kerana tidur berkualiti penting untuk memastikan ibu terus sihat dan cergas.
Sumber: www.majalahpama.my
0 comments:
Post a Comment