Saturday, February 18, 2017

Long Bemang, Ajaib dan Syukur


Tajuk bukan main..hihi..

Setiap kali keluar ke Miri, perjalanan kami akan dipenuhi dengan cerita-cerita tentang diri keluarga dan macam-macam lagi lah yang pecah kesunyian hutan sepanjang jalan. 4 jam tu kejap je rasa kalau cerita tak habis-habis.
Feri long lama..tunggu jambatan siap 2019

Semenjak dua ni, saya ketagih nak bercakap kayan. Perkataan perkataan bahasa kayan tu menari-nari dalam otak. Mana taknya, akak-akak ni pulun cakap kayan bajet macam saya faham..Kadang boleh la saya teka. Kadang tak betul juga. malu je.

Kak mag housemate saya dah start cuti bersalin. Sepanjang pragnant ni kak mag rajin tak tau nak cerita. Rasa banyak kali juga kak mag mengemas rumah dengan mengalihkan susunan perabot. Rajin kan.

Perjalanan yang sukar dan mencabar dari long lama ke long bemang tak buat kak Mag putus asa nak keluar ke Miri jumpa anak dan family. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Kuat baby dalam perut kak Mag tu..

Bila hidup dengan orang mengandung ni, selalu saya wonder dan takjub. Dalam hati sebut Subhanallah Allahuakbar..macam manalah baby tu duk diam dalam perut mak dia. Semakin hari makin besar perut ibu. Kadang saya curi-curi tenung lama-lama perut kak mag. Bayangkan saiz actual baby baru lahir dengan saiz perut kak mag. Pergh.Ajaibkan..

Orang mengandung biasalah sakit-sakit pinggang. Selalu la nampak muka kak mag yang mengecut tahan sakit sambil pegang pinggang. Pergh, pengorbanan seorang ibu tu kan..Buat saya insaf. Mak dulu mengandungkan satya agaknya macamtulah. Lagi lah mak kurus. Macam mana lah rasa nya bawak saya ke hulu ke hilir masa mengandung dulu..Dah nak dekat bersalin ni pulak kak mag cakap dia susah nak membuang.. Besar pengorbanan seorang ibu..

Syukur Ya Allah, bagi saya tengok keajaiban depan mata selama 9 bulan ni. Moga kak Mag selamat bersalin..Welcome to the world March Baby.. :)


xoxo <3, 'ain





Friday, February 03, 2017

kebaikan yang anda dapat bila consume vitamin C


Ramai orang cari Vitamin C untuk cantikkan kulit. Bukan je untuk cantikkan kulit, banyak manfaat bila consume Vitamin C Shaklee Sustaines Release ni..



 1. Membentuk Kolegen

Vitamin C SR Shaklee membantu merangsang pembentukan Kolegen dalam tubuh badan kita..Kolegen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Sebab itulah Kolegen dapat menghalang kedutan  dan menguatkan otot supaya tidak lembik.


2. Memperbaiki Simptom Pendarahan

Tau tak bila kita kurang vitamin C, gusi akan mudah berdarah, kulit jadi lebam, lambat sembut bila cedera. Malah, kulit kita akan jadi kering, mudah beruam dan kasar. Sebab tu penting untuk dapatkan Vitamin C yang cukup untuk tubuh badan kita.


3. Meningkatkan Sistem Imun

Vitamin C membantu untuk bina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Vitamin C juga bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan perlindungan dari alergi hidung dan kulit. Menentang Asthma. Malah, vitamin C dapat menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan flu dan selsema.


4. Memerangi Kanser

Vitamin C merupakan anti-oksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Malah, vitamin C juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


5. Mencantikkan kulit

Ambil vitamin C setiap hari mempu memcerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen. Tau tak pigmen merupakan penyebab utama pembentukan jeragat.


6. Memperbaiki Insomnia

Vitamin C mampu membantu memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental lain seperti keresahan.


7. Mengekalkan kolestrol sihat.

Dalam tubuh badan kita ada kolestrol yang sihat dan kolestrol yang tak sihat. Tau tak, vitamin C sebenarnya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan artriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Banyakkan manfaat vitamin C ni..

Vitamin C Shaklee Sustain Released Berbeza dengan vitamin C lain di pasaran. Sebab apa??

Sebab..Shaklee telah mereka sains pembebasan berterusan secara semulajadi.  Sebab itu dipanggil Sustain Released.  Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam..

Kalau sebiji oren harganya RM1.. 7 biji dah RM7..

Dengan harga lebih kurang 50 sen se tablet..kebaikan vitamin C shaklee menyamai 7 biji oren.. wow..

Untuk dapatkan Vitamin C anda..boleh call/ whatapps saya sekarang..

'Aina, 011 1984 7285

Bukan je dapat beli vitamin, saya bagi konsultasi free juga tau..

#AinaShareTheGoodness
#AinaShakleeIndependantDistributor

|Tiket Free ke Destinasi Pilihan|

|Tiket Free ke Destinasi Pilihan|

Bestnya kalau tiba2 ada org bagi hadiah tiket free gi Turkey sekali dengan pakej umrah..keh..berangan..


Secara pukul ratanya, kebanyakkan orang kalau banyak duit mesti nak pergi travel keliling dunia..Bagi saya, travel bukan je nak tengok tempat menarik..tapi nak belajar dari pengalaman kat tempat kita pergi sepanjang musafir tu..Supaya bertambah rasa syukur..bertambah kekuatan dan kesabaran..Sebab selalunya bila travel, ada je benda baru yang kita discover yang kita tak tahu pun sebelum ni..macam best je kan..

Yela..kadang kita plan lain, jadi lain..kita dh plan nak gi awal ke airport, jalan jemm pulak. Dah plan tak nak shopping, terbeli satu lagi luggage pulak..tak ke haru
..Travel banyak ajar kita untuk reflek diri dan dekatkan diri dengan pencipta..Ye la..kalau travel oversea, jadi asing kat negara asing..kene cepat-cepat adapt bahasa, makanan, cuaca..


Kalau diberi tiket free nak suruh travel kat tempat impian, saya nak pergi Russia..haha, pengaruh baca blog student Russia sangat..plus baca novel Pak Habib, yang kulit novel tu gambar Kremlin..Memang dari tahun 2014 dah tulis impian 10 tahun nak gi Russia, negara yang wanita-wanitanya cantik bak bidadari..Ya Allah mudahkanlah hambamu ini terbang ke Russia satu hari nanti..Sebelum ke Russia nak pergi umrah dengan mak, nyai dan adik beradik dulu..Yosh

Jom penuhkan tabung..

Ramai yang dapat gi Jepun Free Trip Shaklee gara-gara closing Januari yang meletops..😱😱😱Best juga kalau dapat travel free Shaklee sponsor..😍😍😍

Jom #liveamazing

#ireachtravel
#ShakleeFreeTrip