Saturday, February 18, 2017

Long Bemang, Ajaib dan Syukur


Tajuk bukan main..hihi..

Setiap kali keluar ke Miri, perjalanan kami akan dipenuhi dengan cerita-cerita tentang diri keluarga dan macam-macam lagi lah yang pecah kesunyian hutan sepanjang jalan. 4 jam tu kejap je rasa kalau cerita tak habis-habis.
Feri long lama..tunggu jambatan siap 2019

Semenjak dua ni, saya ketagih nak bercakap kayan. Perkataan perkataan bahasa kayan tu menari-nari dalam otak. Mana taknya, akak-akak ni pulun cakap kayan bajet macam saya faham..Kadang boleh la saya teka. Kadang tak betul juga. malu je.

Kak mag housemate saya dah start cuti bersalin. Sepanjang pragnant ni kak mag rajin tak tau nak cerita. Rasa banyak kali juga kak mag mengemas rumah dengan mengalihkan susunan perabot. Rajin kan.

Perjalanan yang sukar dan mencabar dari long lama ke long bemang tak buat kak Mag putus asa nak keluar ke Miri jumpa anak dan family. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Kuat baby dalam perut kak Mag tu..

Bila hidup dengan orang mengandung ni, selalu saya wonder dan takjub. Dalam hati sebut Subhanallah Allahuakbar..macam manalah baby tu duk diam dalam perut mak dia. Semakin hari makin besar perut ibu. Kadang saya curi-curi tenung lama-lama perut kak mag. Bayangkan saiz actual baby baru lahir dengan saiz perut kak mag. Pergh.Ajaibkan..

Orang mengandung biasalah sakit-sakit pinggang. Selalu la nampak muka kak mag yang mengecut tahan sakit sambil pegang pinggang. Pergh, pengorbanan seorang ibu tu kan..Buat saya insaf. Mak dulu mengandungkan satya agaknya macamtulah. Lagi lah mak kurus. Macam mana lah rasa nya bawak saya ke hulu ke hilir masa mengandung dulu..Dah nak dekat bersalin ni pulak kak mag cakap dia susah nak membuang.. Besar pengorbanan seorang ibu..

Syukur Ya Allah, bagi saya tengok keajaiban depan mata selama 9 bulan ni. Moga kak Mag selamat bersalin..Welcome to the world March Baby.. :)


xoxo <3, 'ain





0 comments:

Post a Comment