Sunday, March 19, 2017

5 aktiviti yang boleh anda lakukan kalau tak sempat bersenam.



Alasan je kalau cakap takda masa nak bersenam kan. Dah tu bersenam jari tu mampu pulak kan..😂😂😂

5 aktiviti ini sebenarnya mampu membakar kalori yang berlebihan dalam tubuh badan kita.

1. Menaiki tangga

Jangan manja sangat nak naik lift je. Sesekali panjat tangga kat pejabat, shopping mall, tangga rumah. Kadang-kadang nak naik tangga rumah pun malas. No no no. Jom amalkan gaya hidup sihat.

2. Menyapu

Bukan je rumah makin bersih, tapi dapat bakar kalori yang berlebihan juga.

3. Mengemop lantai

Rajin-rajinkan diri anda untuk mengemop lantai. Bukan sahaja rumah anda kelihatan sentiasa berkilat, badan anda juga akan jadi semakin sihat.

4. Mengemas rumah

Waktu hujung minggu boleh digunakan untuk pergi bersenam, berjoging. Tapi kalau masa tak mengizinkan, hari hujan dan sebagainya. Luangkan 30 minit untuk kemas rumah. Kebersihan kan sebahagian daripada iman.

5. Membasuh kereta

Daripada tunggu turn untuk basuh kereta di car wash, lebih baik anda sendiri pergi basuh kereta anda itu. Kasi bakar itu lemak-lemak. Jimat duit juga. Duit tu simpan buat beli vitamin. C.

6. Berkebun di halaman rumah

Zaman sekarang semua barang pun naik harga, jadi, lebih baik tanam sayur sendiri kan. Bukan sahaja dapat pastikan sayur yang anda makan tu bebas racun perosak, yelakan tanam sendiri, bahkan dapat juga bakar kalori..haa untung kan..

Jadinya, tak ada alasan sebenarnya kita ni. Sampai bila nak beralasan?

Tulus,

'Aina❤❤❤

0 comments:

Post a Comment