Sunday, March 19, 2017

Diari Guru Pedalaman: Banjir 2017

Posting di pedalaman akan membuatkan anda tak terlepas dari pengalaman banjir. Ini kerana sekolah dibpedalaman selalunya dibina berdekatan dengan sungai.

Pernah kak ana menyuarakan persoalan, kenapalah sekolah tak dibina jauh sedikit dari sungai supaya taklah sekolah selalu banjir. Saya pantas menjawab, kalau dibina di tengah hutan dan jauh dari sungai, bagaimana mahu dapatkan bekalan air. "Ye tak ye juga ya.." kak ana mengiyakan jawapan saya.

Banjir akhir febuari 2017 merupakan pengalaman pertama saya menghadapi banjir yang mana air sungai kecil yang terletak di belakang sekolah bertemu air sungai besar yang terletak dihadapa  sekolah. Air daripada kedua-dua sungai tersebut melimpah sehingga menenggelamkan kelas tahap 1, dewan makan dan rumah kami yang kedudukannya terletak lebih rendah sedikit berbanding  rumah staf lain.

Walaupun dah tahun ketiga berada di Long Bemang, banjir kali ini saya katakan pengalaman kali pertama kerana selalunya apabila berlaku banjir yang agak besar, saya berada di kampung kerana bercuti sekolah. Selalunya juga, air sungai hanya melimpah ke bawah rumah kami sahaja dan tidaklah sampai menenggelamkan sebahagian bangunan sekolah.

Pengalaman pertama ini akan disimpan sebagai satu pengalaman berhargaku di Pedalaman.

Tulus,

'Aina❤❤❤

0 comments:

Post a Comment