Sunday, March 19, 2017

Tips Simple Untuk Mula Bersenam bagi yang dah lama tak bersenam.



Biasalah kalau dah lama tak bersenam badan akan rasa malas nak bangkit bersenam. Tapi geram tengok bandan yang semakin bam-bam.

Ini tips simple yang boleh anda ikut:

1. Mulakan secara ansur maju.

Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu sehingga lebih cergas.

2. Bersenam selang selikan dengan rehat.

Mulakan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit.

3. Tambah masa bersenam.
Aktiviti senaman perlu ditambah 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.

4. Mulakan dengan 'warm-up'

Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit lepas bersenam. Mulakan aktiviti regangan ini dari kepala terlebih dahulu.

5. Akhiri dengan aktiviti 'cooling down'.

Sejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau membuat regangan bermula dari kaki ke kepala supaya tak pening dan sakit selepas bersenam.



Info: Brochure Komuniti Sihat Negara Perkasa..

Live dari klinik Long Lama, Baram.  15.3.2017 Rabu, 1551

Tulus,

'Aina❤❤❤

0 comments:

Post a Comment