Sunday, April 23, 2017

Baju bertimbun tak basuh bukan sebab malas basuh baju..



Masa duduk asrama dulu, ada sorang kawan saya yang jenis susah nak basuh baju, dia akan kumpul baju seminggu. Bukan sebab malas basuh baju, tapi tangannya elergik dengan sabun basuh. Kesian kan. Nak tolong pun baju kita banyak.huu. 
Banyaknya sabun basuh atau detergen ni ada bahan yang boleh meresap ke dalam kulit dan yang boleh bertindak balas. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan berbahaya oleh EPA dan DOT yang terdapat balam kebanyakkan sabun basuh baju.
Tau tak?
Fresh Laundry Concentrate dari Shaklee bebas dari bahan-bahan ini dan..

uniknya shaklee ni Selamat, Berkesan dan Mesra Alam..

Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Bes kan. Siapa yang tahu kawan-kawan atau sedara mara yang elergik sabun basuh, tolonglah share dengan dorang kebaikan sabun basuh shaklee ni. 

Moga bermanfaat.. ^_^

Love To Share,
xx'Ainaxx

5 kerjaya sesuai untuk ibu-ibu



Cita-cita saya dulu nak jadi engineer. Tapi berkat doa mak dan puas mak pujuk kata nanti kerja kilang tak da siapa nak jaga anak, maka tak jadilah saya engineer kerja kilang. Tapi jadi engineer manusia inshaAllah.

Apa pun kerja seorang wanita yang dah punya anak, tentu cabarannya berbeza. Setiap orang ada struggle masing-masing. Anak kan amanah, kerja juga amanah. Berikut antara kerja yang sesuai dengan supermommy:
Hasil carian imej untuk super mom


1. Penulis

Tak kisahlah penulis novel, penulis buku cerita, penulis skrip. Kalau mommies ada bakat menulis, jangan sia-siakan. Asah bakat dengan menulis. Mulakan dengan menulis blog. Blogger tegar boleh jana income sehingga 7 angka jangan tak tahu.. Bukan sahaja dapat jana pendapatan, tapi juga dapat lihat anak membesar depan mata.

2. Pendidik

Jadi cikgu orang kata jadualnya tak padat. Cuti yang banyak boleh digunakan untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Untuk yang memilih bekerja dari rumah, boleh jana pendapatan dengan mengadakan tuisyen berbayar kepada anak-anak jiran. Bukan je dapat mengajar anak jiran, pelajaran anak sendiri juga boleh dipantau.

3. Servis dari rumah ke rumah

Kerja membuat servis seperti jurusolek, jurugambar dan kerja yang melibatkan temu janji sangat bagus untuk wanita yang bergelar supermommy. Bukan sahaja dapat atur jadual ikut masa yang ditetapkan sendiri, mommies yang memilih kerjaya ini akan dapat kebebasan masa untuk bersama anak-anak.

4. Memasak

Tak kiralah membuat kek dan biskut mahupun membuat servis katering, kerjaya dalam bidang masakan ni menjaminkan pulangan yang lumayan.Kalau servis mantap dan masakan sedap, pasti tak menang tangan. Walaubagaimanapun, kerja dari rumah memberi peluang keemasan untuk mommies melihat perkembangan dan tumbesaran anak-anak di depan mata.

5. Jualan Langsung/ Direct Selling

Dunia hujung jari sekarang ni memberi banyak peluang kepada supermommy yang mahukan kebebasan masa dan peluang jana pendapatan lumayan. Jangan tak tahu, tak perlu mengaharungi jem untuk ke tempat kerja, bekerja di mana-mana tanpa terikat dengan masa..dan dapat sediakan kelengkapan cukup untuk anak-anak, supermommy dapat jana pendapatan yang diinginkan hanya dengan jadi diri sendiri. Sebabnya, jualan langsung menjadikan supermommy sebagai bos kepada bisnes itu sendiri. Jadi, pandai-pandailah atur masa. Yang penting, keperluan anak dan family jadi fokus utama.

Semoga Bermanfaat😉

Love to Share,
xx'Ainaxx



Saturday, April 22, 2017

Tips Langsing Selepas Bersalin





Berat arah, adik saya naik mendadak masa dia pragnant. Due dia 12 Mei ni..Moga Allah mudahkan urusan melahirkan nanti..Nah, ni kakak yang baik nak bagi tips kurus dan langsing lepas bersalin. Paling penting sekali, siapa nak amalkan tips ni mesti ada DISIPLIN. Kalau tak disiplin, akak tak dapat tolong dek.😆😆

Hasil carian imej untuk after birth

1. Breastfeed/ Menyusui

Menyusukan baby bukan je baik untuk baby tapi juga untuk ibu yang menyusukan. Berdasarkan kajian, menyusukan bayi dapat bakar lebih kurang 500 kalori setiap hari. Jadi, happy breastfeed 😊

2. Makan Makanan Seimbang
Semasa menyusukan bayi, mommy tak dapat nak ikut diet sebarangan supaya bayi terjamin dapat susu ibu yang cukup khasiat. Oleh itu, sangat perlu untuk mommy amalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan sayur dan buah-buahan dalam sajian. Cuba ambil banyak sayur dan buah-buahan lebih dari kebiasaan dalam setiap sajian.

3. Bersenam
Tak perlu pun pergi ke gym masa dalam pantang. Cukup dengan menggendong bayi dan menyorong bayi dengan kereta sorong dah mampu untu bakar kalori.

4. Makan sedikit tetapi kerap/ Makan ketika lapar.
Jangan ikutkan hawa nafsu untuk makan berlebihan. Jangan pula sebab nak langsing, tak mahu makan pula. Ingat, bayi perlukan khasiat susu ibu dan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat dalam jumlah kalori yang sepatutnya dalam setiap sajian. Kalau bukan usaha mommies untuk kurus semula, siapa lagi?

5. Minum banyak air
Mommy yang menyusui bayi sememangnya perlu minum 10 hingga 12 gelas air sehari. Kalau nak tahu mommy minum cukup air ke tidak, cuba perhatikan warna urin mommy. Kalau warnanya kuning keruh, itu tandanya mommy sedang dehidrasi. Jadi, banyakkan minum air putih supaya badan sentiasa segak, ok!

Semoga bermanfaat😉

Love to Share,

xx'Ainaxx