Sunday, April 23, 2017

5 kerjaya sesuai untuk ibu-ibu



Cita-cita saya dulu nak jadi engineer. Tapi berkat doa mak dan puas mak pujuk kata nanti kerja kilang tak da siapa nak jaga anak, maka tak jadilah saya engineer kerja kilang. Tapi jadi engineer manusia inshaAllah.

Apa pun kerja seorang wanita yang dah punya anak, tentu cabarannya berbeza. Setiap orang ada struggle masing-masing. Anak kan amanah, kerja juga amanah. Berikut antara kerja yang sesuai dengan supermommy:
Hasil carian imej untuk super mom


1. Penulis

Tak kisahlah penulis novel, penulis buku cerita, penulis skrip. Kalau mommies ada bakat menulis, jangan sia-siakan. Asah bakat dengan menulis. Mulakan dengan menulis blog. Blogger tegar boleh jana income sehingga 7 angka jangan tak tahu.. Bukan sahaja dapat jana pendapatan, tapi juga dapat lihat anak membesar depan mata.

2. Pendidik

Jadi cikgu orang kata jadualnya tak padat. Cuti yang banyak boleh digunakan untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Untuk yang memilih bekerja dari rumah, boleh jana pendapatan dengan mengadakan tuisyen berbayar kepada anak-anak jiran. Bukan je dapat mengajar anak jiran, pelajaran anak sendiri juga boleh dipantau.

3. Servis dari rumah ke rumah

Kerja membuat servis seperti jurusolek, jurugambar dan kerja yang melibatkan temu janji sangat bagus untuk wanita yang bergelar supermommy. Bukan sahaja dapat atur jadual ikut masa yang ditetapkan sendiri, mommies yang memilih kerjaya ini akan dapat kebebasan masa untuk bersama anak-anak.

4. Memasak

Tak kiralah membuat kek dan biskut mahupun membuat servis katering, kerjaya dalam bidang masakan ni menjaminkan pulangan yang lumayan.Kalau servis mantap dan masakan sedap, pasti tak menang tangan. Walaubagaimanapun, kerja dari rumah memberi peluang keemasan untuk mommies melihat perkembangan dan tumbesaran anak-anak di depan mata.

5. Jualan Langsung/ Direct Selling

Dunia hujung jari sekarang ni memberi banyak peluang kepada supermommy yang mahukan kebebasan masa dan peluang jana pendapatan lumayan. Jangan tak tahu, tak perlu mengaharungi jem untuk ke tempat kerja, bekerja di mana-mana tanpa terikat dengan masa..dan dapat sediakan kelengkapan cukup untuk anak-anak, supermommy dapat jana pendapatan yang diinginkan hanya dengan jadi diri sendiri. Sebabnya, jualan langsung menjadikan supermommy sebagai bos kepada bisnes itu sendiri. Jadi, pandai-pandailah atur masa. Yang penting, keperluan anak dan family jadi fokus utama.

Semoga Bermanfaat😉

Love to Share,
xx'Ainaxx



0 comments:

Post a Comment