Saturday, April 22, 2017

Tips Langsing Selepas Bersalin





Berat arah, adik saya naik mendadak masa dia pragnant. Due dia 12 Mei ni..Moga Allah mudahkan urusan melahirkan nanti..Nah, ni kakak yang baik nak bagi tips kurus dan langsing lepas bersalin. Paling penting sekali, siapa nak amalkan tips ni mesti ada DISIPLIN. Kalau tak disiplin, akak tak dapat tolong dek.πŸ˜†πŸ˜†

Hasil carian imej untuk after birth

1. Breastfeed/ Menyusui

Menyusukan baby bukan je baik untuk baby tapi juga untuk ibu yang menyusukan. Berdasarkan kajian, menyusukan bayi dapat bakar lebih kurang 500 kalori setiap hari. Jadi, happy breastfeed 😊

2. Makan Makanan Seimbang
Semasa menyusukan bayi, mommy tak dapat nak ikut diet sebarangan supaya bayi terjamin dapat susu ibu yang cukup khasiat. Oleh itu, sangat perlu untuk mommy amalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan sayur dan buah-buahan dalam sajian. Cuba ambil banyak sayur dan buah-buahan lebih dari kebiasaan dalam setiap sajian.

3. Bersenam
Tak perlu pun pergi ke gym masa dalam pantang. Cukup dengan menggendong bayi dan menyorong bayi dengan kereta sorong dah mampu untu bakar kalori.

4. Makan sedikit tetapi kerap/ Makan ketika lapar.
Jangan ikutkan hawa nafsu untuk makan berlebihan. Jangan pula sebab nak langsing, tak mahu makan pula. Ingat, bayi perlukan khasiat susu ibu dan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat dalam jumlah kalori yang sepatutnya dalam setiap sajian. Kalau bukan usaha mommies untuk kurus semula, siapa lagi?

5. Minum banyak air
Mommy yang menyusui bayi sememangnya perlu minum 10 hingga 12 gelas air sehari. Kalau nak tahu mommy minum cukup air ke tidak, cuba perhatikan warna urin mommy. Kalau warnanya kuning keruh, itu tandanya mommy sedang dehidrasi. Jadi, banyakkan minum air putih supaya badan sentiasa segak, ok!

Semoga bermanfaatπŸ˜‰

Love to Share,

xx'Ainaxx


0 comments:

Post a Comment