Sunday, August 27, 2017

VIRAL LAGU AKU NEGARAKU: JOURNAL PEDALAMANKU

JOURNAL PEDALAMANKU #1

17 Julai 2017

Kejadian jatuh kerusi minggu lepas di tapak perhimpunan buat semua cikgu berhati-hati. Digoyang-goyangkan dulu kerusi budak yang jadi tempat duduk cikgu takut-takut kejadian sama berulang. Kalau nak diingatkan memang lawak. Aku hamper-hampir nak keluarkan bbunyi gelak. Alhamdulillah dapat tahan sambil berempati dengan cikgu Ajie. Mana taknya, ranap kerusi tu. Tertanggal semua kayu-kayu yang bersambung. Uzur sangat dah kerusinya. Ditambah pula peel budak-budak yang suka duduk dengan 2 kaki kerusi je. Macam tak pernah buat kan..haha
Perhimpunan di perpustakaan masa banjir April lepas.

Perhimpunan berjalan seperti biasa. Lepas  nyanyi lagu negaraku, bacaan ikrar rukun negara, Guru besar baca doa, ucapan guru-guru dan diakhiri dengan nyanyi lagu Sarawak Tanah Airku dan lagu sekolah. Yang menariknya hari ni Ajie pasang lagu ‘Aku negaraku’. Ironinya aku tak tahu pun isu lagu ‘Aku Negaraku’ yang katanya akan dinyanyikan setiap kali perhimpunan. Lagunya rancak dan macam susah je budak-budak nak ikut. Cikgu Gwen  yang duduk sebelah aku bagitau ada tweet yang berbunyi” Berapa Banyak retweet yang Dato menteri perlukan untuk mansuhkan lagu ni dari dinyanyikan di perhimpunan”. Kesian. Aku tak tahu pun isu ni. Sejak balik dari cuti raya, line ibarat siput. Mesej nak masuk pun malu-malu. Berjam nak tunggu mesej ber’tick’. Biasalah, pedalaman!

Jadual Pemulihan hari ni MT2, BM2, MT3. Math 2 kumpulan A ada progress. Kumpulan B tinggal Remy dan Aaron je. Aaron perlukan perhatian khusus. Masalah budak-budak pemulihan ni sepesen. Kurang kasih sayang. Mostly mereka ni tinggal asrama  kalau pun harian, mereka tinggal dengan nenek. Mak Bapak bercerai dan kerja jauh di Miri. Makanya, cikgu kene advance perlu ada naluri keibuan. Please lah. Diorang lost dan aku pun lost. Habislah.

BM2 posponed sebab ada taklimat merentas desa jumaat ni.  M3 Kemahiran tolak dan tambah. Tolak untuk kumpulan A dan kumpulan B still tambah dalam lingkungan 100. Dah pecah 2 group. Sebab ada yang tak dapat nak tangkap lagi tambah mengumpul semula. Work hard sikitlah cikgunya ye! Felixan makin cekap mengira seba dia sentap ke dengan ayat aku, kalau tak pandai mengira nanti kena tipu? Entah ek? Kalilah. Macdoland dan Lukas yang perlu diambil perhatian khusus. Masalah meraka dua orang ni tak yakin diri, cuai, dan sebenarnya tak kuasai kemahiran. Aku kena ajar secara personal dan satu persatu. Moga cepat pandai nak! Korang dah tahun 3 tau.

Rabu ni Fasilinus nak datang melawat. Harapnya ada sesuatu yang aku boleh belajar. Kene siapkan susun fail-fail ni. Banyak fail linus dalam bilik pemulihan. Moga baik-baik je. Aku ni pantang orang tengok time mengajar. Nervous tak memasal.

Ada lagi 3 hari untuk aku habiskan puasa 6. Harapnya kuat! Dan sempat. Doa moga Allah bagi petunjuk. Ada 4 hari lagi sebelum aku pergi kenduri Amal. Harini aku baru tahu kak Fath nak nikah. Adoi. Lambat. Itupun lepas Kak Fath tanya weekly plan semua orang. My bad, murobbi tanya baru nak bagitau plan. This supposed cannot be happen. Aku rela dipimpin untuk memimpim. Pengajarannya bertindak cepat. Ingat terus buat.

Lately, aku mimpi orang-orang jauh. Risau pun ada jugak. Aku tahu bila mimpi orang jauh sebenarnya aku berada pada titik bawah. Marilah kita plan apa nak buat ye. Sebelum masa yang Allah tetapkan sampai.

Xoxo,

Aina, Long Bemang, Baram.

0 comments:

Post a Comment