Tuesday, May 15, 2018

MARHABAN YA RAMADHAN



Alhamdulillah Kurang 24 Jam ummat islam seluruh tanah air dan juga seluruh dunia akan memasuki hari pertama  bulan suci  ramadhan yang dirindui. Marilah kita mengucapkkan Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kerana berkat kasih sayang Allah kita sampai ke bulan yang mulia  ini. Jom azam sesungguhnya untuk memanfaatkan sebaiknya rezki Allah yang besar kepada kita ini.

Bulan Mei 2018 mencatat peristiwa bersejarah untuk kita semua di Malaysia bila tampuk pemerintahan negara bertukar tangan. Bersyukurlah kita dengan nikmat Allah yang besar ini dengan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab kepada agama negara dan masyarakat. Teruslah berdoa agar dikurniakan kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.Tanyalah kepada diri “apa yang aku dah buat untuk agama masyarakat dan negara?” ibarat pepatah Inggeris “Expect less and Do More”.  Jom gunakan peluang ramadhan untuk latih diri menjadi seorang yang lebih baik dari segi amal ibadah, akhlak sesama manusia seterusnya ketaqwaan yang tinggi kepada Allah.
Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)


Apa itu taqwa?
Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah ada membawakan dialog 2 orang sahabat Nabi di dalam kitab tafsirnya tatkala mentafsirkan makna taqwa dari ayat ke-2 surah al-Baqarah.
Dikatakan bahawa Amirul Mukminin Saidina `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu pernah bertanya kepada Ubai bin Ka`ab radhiAllahu `anhu mengenai taqwa.
Lalu berkatalah Ubai: “Pernahkah engkau melalui suatu lorong yang banyak duri?”
`Umar menjawab: “Ya, bahkan.”
Ubai bertanya kembali: “Lalu, apakah yang engkau lakukan?”
`Umar menjawab: “Aku akan bersungguh-sungguh dan hati-hati.”
Ubai menjawab: “Itulah taqwa.”
Bukan `Umar radhiAllahu `anhu tidak tahu maksud taqwa.  Beliau tahu.  Malah `Umar adalah antara sahabat Nabi yang paling bertaqwa.
Tapi memang begitulah sifat sahabat-sahabat Nabi.  Mereka saling tolong-menolong untuk menerapkan taqwa ke dalam qalbu masing-masing.  Antara caranya ialah saling berbincang dan meminta pandangan.  Apatah lagi setelah kekasih mereka iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah wafat.  Dialog di atas berlaku pada zaman `Umar bin al-Khattab menjadi Amirul Mukminin menggantikan Abu Bakr radhiAllahu `anhu. (munzir.wordpress.com)

Bulan ramadhan dilalui bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Ibadah puasa yang disyariatkan oleh Allah mendidik kesabaran kita untuk tetap taat kepada perintah Allah s.w.t dan merasa muraqabah sentiasa merasa Allah bersama dalam setiap keadaan. Seterusnya membentuk diri dan peribadi yang matang dalam menghadapi apa jua keadaan. Rasulullah bersabda “Puasa adalah separuh kesabaran”. (HR At Tirmidzi).
Berpuasa melatih kita untuk menghidupkan hidup yang bermakna dengan:
1. Mengawal keinginan makan dan minum
2. Mengawal keinginan nafsu
3. Mengawal pandangan mata dari melihat yang dilarang.
4. Mengawal mulut dari bercakap yang sia-sia.
5. Mengawal telinga dari mendengar yang sia-sia.
6. Mengawal tangan, kaki dan anggota badan dari melakukan segala yang sia-sia.
Pada akhirnya, taqwa yang kita nak hasil dari sebulan didikan sekolah ramadhan. Kerana ketaqwaan adalah tanda aras kemuliaan seseorang insan. Sebagaimana Firman Allah,

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian” (QS. Al Hujurat: 13)

ramadhn umpama kawan yang datang dan pergi, manfaatkanlah dengan sebaiknya sebulan ini. JOM.

Extract dari
Laman web pks-jepang
Munzir.wordpress.com
Bahan ceramah ramadhan
Dan sumber bacaan berkaitan bulan ramadhan.

Atas bumi bawah langit long bemang,
16 Mei 2018
XAinaX


0 comments:

Post a Comment